
|
Bonjour!
Hey ! Aini here ^^
Tagboard
Footprints here! Credits Basecode: Nadya. Full edit: SitiSyuhadah Re-Edit by: Aini Natasha
| Terima Kasih Ayah ♥
![]() ♥ Mohd Puad Bin Basri ♥ Allah bagi kita ayah , walaupun ayah tidak melahirkan kita . Tapi , separuh daripada kita berasal darinya . Setelah lahir , ayah lah yang mengazankan atau menqiqamatkan kita . Ayah akan pastikan setelah kita lahir , kita akan mendengar laungan azan dan pujian terhadap Allah . Semua itu rasa syukur ayah kerana dikurniakan seorang anak yang sangat comel , cantik lagi handsome :) Semasa kita bayi , ayah pun turut sama tidak tidur malam . Apabila ibu penat melayan kerenah kita setiap hari , Ayah pun akan menjaga kita . Ayah bekerja setiap hari , besengkang mata , dimarahi bos . Tapi ayah tidak pernah merungut . Balik kerja , ayah pasti akan menjaga anak anaknyaa . Walaupun ayah jarang bercakap , tapi ayah tidak pernah mengeluh pasal kerja di depan anak anak . Jauh sekali mengucapkan perkataan " tak cukup duit " Selalunya jika anak anaknya tidak cukup duit pasti ayah akan bertanya " Berapa yang tak cukup ? " Lantas terus memberikan wang kepada kita tanpa banyak soal . Kerana ayah percayakan anaknya . Ayah akan pastikan segala keperluan rumah terjaga . Ayah juga seorang yang rajin . Walaupun dia terpaksa bekerja sehingga matanya merah kerana tidak cukup tidur . Siang bekerja , petang pun bekerja . Apabila kita tertinggal bas dan tidak dapat pergi ke sekolah , Ayahlah yang akan memandu kita ke sekolah . Ayah mahukan yang tebaik untuk anak anaknya . Apabila ayah sakit , dia sembunyikan daripada anak anaknya . Dia tak mahu anak anaknya tertekan dengan keadaan itu . Ayah tanggung seorang diri....segalanya . Kuatnya ayah menempuh semua itu . Hanya kerana mahukan kami semua gembira . Terima kasih ayah atas segalanya . Yang telah ayah berikan . Terima Kasih ayah :') ♥ |